Thursday, February 24, 2011

FALSAFAH


KATA HIKMAH KEJAHATAN
1. Tiada satu kejahatan pun yang dapat dinilai sebagai baik, meskipun melakukan kejahatan itu dikatakan bertujuan baik.
2. Orang yang membenarkan kejahatan, bererti sudah berbuat
jahat.
3. Hendaklah kamu hentikan kejahatan yang kamu lakukan ke atas orang lain dan hendaklah kamu memaaf dan melupakan kejahatan orang lain terhadap dirimu.
4. Melakukan kejahatan kepada orang lain bukan sahaja merosak dan menganiayai mereka bahkan turut merosakkan diri sendiri.
5. Sejahat-jahat manusia ialah mereka yang suka mencari kesalahan dan kecelaan orang sebagaimana lalat mencari bangkai dari tempat-tempat yang busuk.
6. Menolong orang melakukan kejahatan sama seperti kata peribahasa ‘melepaskan anjing yang tersepit.’
7. Sesiapa yang berjalan di tempat kejahatan pasti ditohmah atau difitnah.
8. Manusia yang hanya besar perut, banyak tidur,pemalas dan kurang keyakinan diri juga merupakan manusia yang bersifat jahat.
9. Orang yang membinasakan orang lain untuk kepentingan dan faedah diri sendiri telah melakukan kejahatan yang amat keji.
10. Iman yang teguh menghalang manusia melakukan kejahatan.
 11. Berlagaklah setimpal dengan kekuatan diri, kalau kita berlagak melebihi apa yang kita ada, akhirnya menyusahkan diri.


DOA TERBAIK


Ya Allah Ya Tuhanku,
Aku berdoa untuk seorang wanita yang akan menjadi sebahagian dari hidupku..
Seseorang yang sungguh mencintaiMu lebih dari segala sesuatu..
Seorang wanita yang akan meletakkanku pada antara dihatinya setelah Engkau..
Seorang wanita yang hidup bukan untuk dirinya sendiri tetapi untukMu..
Aku bukanlah mencintai zahirnya semata-mata kerana cantik..
Tapi hanya kerana hatinya yang teguh mencintai Engkau tuhanku..

Tuhanku..
Aku tidak meminta seseorang yang sempurna namun aku meminta seseorang
yang tidak sempurna..
Agar aku dapat membuatnya sempurna pada pandanganMu..
Dan menyokong dan meneguhkan hidupku..
Seseorang yang dapat menjadi sahabat terbaikku dalam setiap waktu..
Seseorang yang membuatkan senyumanku mengatasi segala kesedihannya..

Tuhanku..
Aku juga meminta.. Jadikan aku lelaki yang dapat membuatnya bangga..
Berikan aku hati yang sungguh mencintai Mu sehingga aku dapat mencintainya
dengan sekadar cintaku..
Berikan aku tangan sehingga aku selalu mampu berdoa untuknya..
Berikanlah aku penglihatan sehingga aku dapat melihat banyak hal baik dan
bukan hal buruk dalam dirinya..
Berikanlah aku pertuturan yang penuh dengan kebijaksanaan..
Agar aku mampu memberikannya semangat dan sokongan padanya setiap hari
yang mendatang..

Tuhanku..
Dan bilamana akhirnya kami akan bertemu, aku berharap kami berdua dapat mengatakan:
”Bertapa Maha Besarnya Engkau kerana telah memberikan aku pasangan yang dapat membuat hidupku menjadi sempurna”
Aku mengetahui bahawa Engkau ingin kami bertemu pada waktu yang tepat..
Dan Engkau membuat segala sesuatunya indah pada waktu yang Engkau telah tentukan.. 


CINTA TAK PERLUKAN SEBAB

Dalam satu kisah percintaan yang menarik. Sepasang suami isteri berjalandi tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di sebuah bangku yang disediakan di tepi tasik. Kemudian si isteri bertanya kepada si suami. Ini dialog mereka

Isteri : Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?

Suami : Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang menyayangi dan mencintai Sayang!

Isteri : Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh katakan abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya.

Suami : Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa abang memang cintakan Sayang!

Isteri : Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk puisi dan syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh terangkan sebabnya.

Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata "Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang merdu, penyayang dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak sayang melangkah, di situlah cinta Abang bersama Sayang!" Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminya tadi. Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma. Si suami amat bersedih dan menulis sepucuk surat kepada isterinya yang disayangi. Surat itu diletakkan di sebelah katil isterinya di hospital. Surat tersebut berbunyi begini : "Sayang! Jika disebabkan suara aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika disebabkan kasih sayang dan ingatan aku mencintai mu.. sekarang bolehkah engkau menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika disebabkan senyuman aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau tersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika disebabkan setiap langkah aku mencintai mu.... sekarang bolehkah engkau melangkah? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika cinta memerlukan sebabnya, seperti sekarang. Aku tidak mempunyai sebab mencintai mu lagi. Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak! Aku masih mencintai mu dulu, kini, selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab. Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang. Namun begitu... ia boleh dirasai dalam hati."

No comments:

Post a Comment